Please read this poem, by Ishamuddin, Tukartiub

sekali lagi musim perayaan sampai.
sekali lagi akan diadakan kempen
sekali lagi mayat mayat bergelempangan
sekali lagi nasehat demi nasehat muncul

fatwa demi fatwa lahir
cadangan demi cadangan timbul
pandangan meloncat dan mengambur
tentang lesen tak betul
tentang jalan tak lurus
tentang waktu tak tepat

tapi si pembunuh terlepas bagitu sahaja
mayat bergelempangan senapang dan pistol bersepah sepah
tak ada siapa ambil peduli

mayat bergelimpangan
kereta dan motosikal tersadai
kenapa tak tanya mosikal dan kereta
kenapa tak pernah disoal selidik kereta dan motosikal
inilah pembunuh
inilah yang merobek
inilah pemusnah kehidupan

kenapa pistol diharamkan
kenapa senapang di haramkan
siapa lebih banyak membunuh
pistol atau motosikal

kenapa tidak difatwakan
kereta dan motosikal sebagai pembunuh
mana lebih bahaya konsert rock atau motosikal dan kereta

tak sampai diotak
tak terfikir di kepala
sistem pengangkutan awam
tak terbaca terbaca dibuku

kenapa tidak diselirat negara ini dengan jalan kereta api
kenapa tidak dipenuhi jalan dengan bas
kenapa tidak dilingkari kota dengan tram

bukan kerana laju
setiap hari tersangut sangkut
bukan kerana nak cepat
kerana nak jual kereta dan motosikal
konspirasi kaum pemodal
selagi boleh jual – jual
selagi boleh buat duit – buat

-end-

Ada satu lagi sebab: Kerana pemimpin-pemimpin kita bengap dan bebal, pergi melancung negara orang buat benda tak senunuh (i.e. seludup duit Australia berjuta-juta, melawat Disneyland, cari contract oil for food Iraq di New York, menjarjis-jajis di embassy newyork etc).

Bukannya bebal-bebal ni nak belajar dari orang lain..tak payah tengok jauh pon, tengok kotaraya Singapura dan bandingkan dengan Kuala Lumpur, kadang-kadang rasa macam Qutub dan Birmingham Street di India.