Apa dah jadi pada dunia ini?

Suami perengus membunuh isteri? Abang melempias nafsu pada adik? Hidup penuh dengan material hedonisme? Bagi anak-anak makan duit haramjadah dari hasil rasuah dan putar alam?

Apa sudah jadi?

Perasuah jadi hero? Istana sebesar kerajaan Balqis? Pemimpin mengayakan keluarga? Ulama berdiam durja? Amar munkar nahi maaruf? Ustaz wannabe buat benda tak senonoh?

Apa sudah jadi pada dunia ini?

Isteri nushuz? Suami daiyus? Anak durhaka?

Apa dah jadi pada kekayaan kita?

Kereta Audi dari silver? Sinki dan jamban dari emas? Merc SLR dari titanium? Salji di tengah-tengah gurun? Tugu tinggi di tengah-tengah gurun seumpama piramid? Masjid bertiang seribu jemaah cuma 3 orang? Masjid dah jadi semacam monumen?

Apa dah jadi pada hati kita?

Saudara seagama berlainan negara (30km dari persempadanan) mati ditembak dalam masjid? Rakan-rakan di pulau-pulau Sulu ditekan di sudut ekonomi dan sosial? Rakan-rakan di Somalia terpaksa mencuri dan melanun?

Apa dah jadi pada anak remaja kita?

Masuk UMNO-rempit-team? Hero layar perak masuk Anak Wayang? Jadi anak seni masuk Akademi Fantasia? Penonton terkinja-kinja nonton AF? Teriak tangis tengok peserta AF terkeluar gelanggang? Dapat sokongan mak bapak supaya Jangan Lupa Lirik? Terkincit-kincit menanti giliran uji-bakat Malaysia Idol? Hutang sana sini masuk MLM? Pecah perut tengok Raja Lawak yang tak seberapa lawak?

Apa nak jadi pada mentaliti kita?

Utusan penuh dengan berita kosong? Satu page Berita Hairan penuh dengan berita Pengerusi Proton, AR Badul bercerai? Kosmos muka depan setiap hari ada cerita tahyul? Khutbah yang hambar? theStar yang penuh dengan iklan? Gamaknya 4 digit nombor tikam saja yang pasti 100% sahih dan haq?

Apa dah jadi pada kita?

A BUNCH OF INGRATES, SELFISH, HEDONISTIC DEVOTEES, MATERIALISTS, CORRUPTS, COWARDS, CLOWNS, NEO-ABU-JAHAL, NEO-HINDUN, NEO-PHARAOH, NEO-NAMRUD, HYPOCRITES etc.

Apa orang akan kata pada aku?

Take it easy, jangan emo. Senang-senang kau jadi ahli politik lah!

Apa aku akan jawab?

Biarlah aku seorang yang fikir kekalutan masyarakat yang kelam-kelibut ni, bencikan pemimpin yang perangai melayakkan neraka, cakap, komen dan nasihat pada kawan-kawan dan tulis di blog ni.

Ada orang buat-buat tak tahu, "Bukan masaelah aku" katanya. Nasihat aku pada orang-orang ni, tanamlah rasa benci sikit.

Takut nanti bukan setakat selemah-lemah iman nyawa-nyawa ikan, tapi takdak iman langsung. Hapak dan haprak!