Dulu, orang sibuk dengan pertandingan menyanyi, sampai dikatakan ada sampai lima atau enam pertandingan menyanyi di saluran-saluran televisyen.
Kini, trend hiburan telah beralih ke arah talk show ala-ala Oprah Winfrey talk show, antaranya, Macam-macam Aznil, Tom Tom Bak, Jangan Tidur Lagi, AC di sini, Mila, dan lain-lain lagi yang tidak dapat saya tulih di sini. Yang ditulis di sini pon sudah mencapai angka empat, belom lagi dikira show-show yang tidak tertulis. Yang hairannya, 97% dari penonton adalah orang Melayu. Kita dok huha-huha nak majukan bangsa, tapi kalau sumer dok sibuk g program camtu, alamatnya kita maju dari segi hiburan je laa.
Alahai…
Jom heboh tengah berlangsung di Queensbay Penang. Eloklah tu, bulehlah kita pergi secara berbondong-bondong. Dan kepada sapa2 yang mai tu, singgah-singgah lah rumah aku…meh amik durian dan rambutan…berlambak ni.
Nanti 31 Ogos ada konsert merdeka paling grand sebab ulang tahun kemerdekaan ke 50 Malaysia kat KLCC, jom pergi beramai-ramai. Ramai artis katanya nak datang nyanyi. Kita dok berbelanja berjuta-juta untuk Islam hadhari, tapi kalau semua Melayu yang pergi berhuha-huha tu orang Islam, berjayakah peng-hadhari-an (istihadharah) itu?
Adakah Islam hadhari telah berjaya, dengan artis-artis mengucapkan Alhamdulillah syukur kehadrat Allah ketika memenangi anugerah Berita Harian? Tidakkah kemenangan itu adalah ujian untuk melalaikan mereka lebih jauh?
Dan kita ini telah diberitahu dalam Quran, ‘Sesungguhnya harta kamu dan anak pinak kamu adalah ujian’
Hmm…sebbaiklah Allah bagi kelebihan pada umat ni dengan bala yang tertangguh. Dan sebbaeklah kita ni bukan bangsa terdahulu yang kemusnahannya dibayar cash.
Jom heboh…..
