Baru balik dari Turkey, rasanya macam taknak balik sebenarnya.
Keluar-keluar stesen bas Bristol sekembalinya dari Turkey, bukan setakat sampah sarap bertaburan, bahkan tahi anjing pon bersepah-sepah. Pening..pening.
Exam pulak menanti lagi 38 hari, pening-pening.
Telah belajar satu hadis yang amat penting semalam, dan rasanya perlu dihayati oleh semua,
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:
"Apabila harta rampasan perang (milik negara) dikuasai segelintir orang sahaja,
barang amanah menjadi rampasan,
harta zakat menjadi hutang,
seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya,
berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya,
suara-suara tinggi di masjid-masjid,
yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka,
seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya,
arak biasa diminum,
sutera biasa dipakai (oleh lelaki),
munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik,
orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu,
maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan ANGIN MERAH atau PEMBALIKAN BUMI atau KEBURUKAN BENTUK-BENTUK atau TANDA-TANDA YANG BERIRINGAN seperti tali (tasbih) yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi*
Masha Allah, rasanya dah banyak orang termasuk dalam golongan-golongan yang di atas. Ulama kecil-kecilan tempatan mengutuk imam besar zaman dahulu, arak bersepah-sepah tanpa halangan, harta negara yang dimilik keluargakan, sutera dipakai secara berleluasa di majlis- majlis rasmi oleh lelaki, artis pemangkin bala Allah disanjung-sanjung dan ramai umat melayu menjadikan Akademi Fantasia sebagai topik perbualan hangat. Pasal derhaka kepada ibu bapa tak payahlah nak cerita.
Janganlah ya Allah Engkau jadikan kami ini dari golongan-golongan yang di atas. Berikanlah kami hendaknya kekuatan untuk memerangi golongan-golongan di atas, Amin ya Allah.
Bilakah hati ini akan tenteram dari kesibukan duniawi ini? Dapat tak rasa-rasanya aku ni merasa jiwa yang mutmainnah, yang akan kembali bertemu dengan keredhaan pada Tuhannya dan diredhai?
Harap- harapnya dapatlah..insya allah…
*Harap semua pembaca dapat mempercayai hadis ini kerna ianya adalah hadis riwayat Tirmizi. Takkan imam Tirmizi pon ada orang nak tolak kot…susahlah macamtu….