Below is my letter to Utusan. I hope it will come out. And if it make its way, please compare the published and the written article. Somehow they manage to embellish the work of mine.
Anyhow, in case of it is not published, I put it here. At least some of us can read, rather than being thrown away in the recycle bin of Utusan editor’s computer…tehehehe
Surat ini adalah sebagai respon saya terhadap penulisan Cakap Benar di dalam ruangan forum ini pada 2 Disember 2006.
Memang diakui, Bukit Bintang tidaklah seteruk Pat Pong seperti yang didakwa Cakap Benar dari Putrajaya. Tetapi yang menjadi masalah utama yang perlu dirisaukan adalah sememangnya terdapat aktiviti pelacuran di situ, tidaklah perlu kita hendak berkelahi samada Bukit Bintang teruk atau tidak.
Apa yang dikesali dengan penulisan beliau adalah beliau turut mengaitkan tempat- tempat lain seperti Arab Saudi dan Kelantan sebagai contoh terdapatnya aktiviti pelacuran. Seolah- olahnya, pelacuran adalah perkara biasa yang terdapat di mana- mana tempat, dan ianya normal selagi mana tidak seteruk Pat Pong. Memetik penulisan beliau, ‘Janganlah disamakan Pat Pong dengan Bukit Bintang. Betul ada pelacuran di Bukit Bintang, tetapi tidak sama dengan apa yang ada di Pat Pong.’ Apa yang tidak sama? Pelacuran tetap jua pelacuran, dan ianya haram dan perlu dibendung.
Apa yang perlu ditegaskan di sini, pelacuran sama ada seteruk Pat Pong atau sekadar seperti Bukit Bintang, adalah tidak bermoral dan mengundang kemurkaan Allah. Diharap juga agar pihak berkuasa membuka mata, dan mengambil tindakan. Peliknya, terdapat pihak-pihak tertentu yang mengatakan aktiviti pelacuran di Bukit Bintang ini tidak ketara, walhal aktiviti ini amatlah nyata, seumpama kata perumpamaan, sudahlah terang, hendak lagi bersuluh.
Hentikanlah perbincangan tidak berfaedah membandingkan yang mana lebih teruk, Bukit Bintang atau Pat Pong, kerana kedua- duanya adalah sama pada dasarnya.
PENUNTUT BRISTOL p/s diharap editor dapat menyiarkan artikel saya ini. SEKIAN TERIMA KASIH

haram compare dgn haram. haru betul…
Comment by badut — December 8, 2006 @ 8:00 pm