Innalillaah kepada sahabat- sahabat di Indonesia yang ditimpa gempa bumi….
Subhanallah biyadihil mulk, Maha Suci Allah yang pada tanganNya terletak segala kuasa mematikan dan menghidupkan…..
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih membenarkan kita meratap pagi yang indah, mendengar kicauan burung, dikejutkan subuh oleh ibu bapa yang masih sihat, moga kesihatan pada kita itu digunakan untuk menambah amalan sebelum nyawa sampai ke kerongkong
Allahu akbar segala kebesaran hanya bagimu ya Allah yang membatasi segala kebesaran orang- orang besar yang dinobatkan oleh manusia- manusia sendiri,
Didoakan agar sahabat- sahabat di sana diberi kekuatan…teringat pada seorang sahabat yang belajar di Gadjah Mada uni, Saudara Syauki yang dulu pernah sama- sama pergi ke Pulau Pangkor menyunatkan anak orang..hehe. Didoakan beliau berada dalam lingkungan orang yang soleh semasa hidup dan semasa mati dan selepas mati……insya Allah. Sama- samalah kita ye Syauki…
Sama- sama kita menderma untuk mereka samada mereka muslim ataupun tidak, semoga derma ikhlas kita tidak akan menyebabkan mereka berputus harap pada bantuan saudara semuslim dan semanusia yang ada.
Dan lagi teruk, kalau bantuan tak diberi oleh saudara semuslim sendiri dan terputusnya pengharapan mereka pada kita untuk membantu mereka di saat getir ini , mungkin pula terputus pengharapan mereka pada Rabbul Jalil yang sentiasa menguji manusia, yang mana beriman yang mana kufur…..siapa yang bersalah di sini?
Allah kah? Atau mereka dan keluarga mereka? Ataupun kita?
Kalau rasa takut- takut akan ditanya, sila klik di sini untuk menderma.
